Kek pisang blender gebu dan moist


Dah lama tak update blog. Rasa rugi kalau tak update resepi kek pisang ni. Sebab resepi kek ni sangat mudah. Tapi rasanya sungguh sedap moist dan gebus. So kena la nooril abadikan resepi ni untuk rujukan di masa depan. Nanti nak buat lagi boleh cari dekat blog. Kalau simpan dalam handphone nnt hilang pulak😁

Alkisahnya semalam mil datang bawakkan pisang yang abah tanam. Sambil dok layan makan laksa tetiba mil sebut. “Mak bawakan pisang banyak kat rumah. Awak rajin. Boleh la buat cekodo ke .. Kek ke” .. Maknanya apa.. Mil nak makan la tu.. 😀

So nooril pun rajinkan lah diri google resepi kek pisang yang paling mudah dan terkenan dengan resepi dari ninamirza.com. Resepinya super mudah dan barang yang diperlukan pun memang dah ada kat rumah. Tapi nooril ubah sikit instead pakai tepung gandum nooril pakai self raising flour and tak letak overlatte😉. But trust me the taste is superbbbb😋 

Jom tengok resepi kek pisang super duper senang

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri

1 sudu teh soda bikarbonat

**ayak semua dan satukan**

1 cawan pisang yang telah dilenyek. 

1 cawan minyak

1 cawan gula ( separuh gula putih, separuh gula perang)

3 biji telur

Sedikit perasa vanilla

** blend semua**
Cara penyediannya

1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.

2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.

3-. Alaskan loyang dengan kertas. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 160 c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi untuk pastikan kek dah masak.

4. Siap😀. Makan pepanas pun sedap. Sejuk pun sedap. Buat air teh o. So nyummy👍

Tips

  1. Lecek pisang lebih awal untuk dapat color kek yang cantik
  2. Letak sedikit perasa vanilla untuk hilangkan bau hanyir telur

Selamat mencuba 😀

Telur pindang : Telur tradisi untuk majlis perkahwinan di Johor

Telur pindang sangat famous dikalangan masyarakat Melayu Johor. Rasanya sangat sedap dan enak walau hanya di makan telurnya sahaja. Namun demikian tak ramai generasi muda yang tahu cara penyediaan telur pindang tapi hanya tahu makan😁 termasuklah diriku ini.

Alhamdulillah.. Baru ni Nooril  berpeluang untuk tengok sendiri cara penyediaan telur pindang semasa kenduri adik ipar. Memang tak dapat dinafikan penyediaanya agak renyah dan banyak dedaun yang diperlukan.  Macam-macam jenis daun ada. Paling ingat nama daun bebuas sebab abah kata dia tak jumpa daun bebuas. Hat lain tu boleh cari kot celah-celah rumah😁. Ni kelebihan tinggal di kampung👍

Ok jom kita tengok resepi telur pindang. Untuk resepi ni, mak buat untuk 1200 biji telur. Telur pun dah ribu.. So wajib pastikan periuk yang digunakan adalah cukup besar untuk sumbat kesemua telur itu dan boleh ditutup dengan tudung periuk😁

Dedaun herba 

  • Daun bebuas( tak dijumpai😂)
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
  • Daun pandan
  • Daun jambu batu
  • Daun manggis
  • Daun lengkuas
  • Daun senduduk
  • Daun serai wangi
  • Batang serai
  • Kulit bawang merah dan putih

**semua dedaun diperlukan dalam kuantiti yang banyak. **Pastikan dedaun dibasuh bersih. **kulit bawang merah dan putih boleh dikumpul dari awal lagi sebelum penyediaan telur pindang. Kalau kenal tauke kedai runcit boleh mintak beli kulit bawang dengan diorg😁

Bahan-bahan

  • Telur 1200 biji
  • Kicap pekat 1 botol besar
  • Kicap lemak 1 botol besar
  • Garam kasar 2 peket 
  • Asam jawa 1 peket besar
  • Bawang merah dan putih dihiris
  • Lengkuas diketuk
  • Halia dihiris
  • Serai dihiris
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Jintan putih

Cara membuat

  1. Sediakan periuk yang besar. Lapisan dasar periuk penuhkan dengan dedaun senduduk , pandan, daun serai, daun jambu, daun kunyit, daun lengkuas
  2. Kemudian masukkan telur dan susun telur secara menegak.
  3. Taburkan ketumbar, kulit bawang, bawang, jintan kasar, jintan manis, lengkuas, halia, daun limau purut.
  4. Ulang  langkah 1-3 sehingga penuh permukaan periuk.
  5. Penutup permukaan telur baru letakkan daun manggis dan segala lebihan dedaun yang ada. Daun manggis jangan letak terlalu banyak untuk elakkan rasa pahit.
  6. Tuangkan kicap lemak dan kicap manis pada permukaan dedaun.
  7. Pasangkan air dan masukkan kedalam periuk. 
  8. Reneh selama 3 hari 3 malam. Pastikan api kecil dan sentiasa periksa air agar tidak kering dalam periuk. Pastikan air sentiasa melepasi paras telur dalam periuk
  9. Siap😀

Nampak mudah kan.. Tapi bayangkan  1200 biji telur nak susun dalam periuk… Kalau sesorang buat boleh patah pinggan. Dengan kulit bawamg yang maha banyak diperlukan untuk ditabur pada setiap lapisan.. Boleh nanges akak kopek sensorang😂😂.. So apa yang nooril dapat simpulkan jika wujud gotong royong dan semangat kerjasama yang tinggi  di kawasan kampung memang boleh direalisasikan telur pindang ni😀. Memang meriah dan terasa sangat majlis dah dekat😁 bila dah start buat telur pindang ni

Jom layan gambar dan video pulak

DeDapurMama : brownies kedut dut dut dut special edition


Brownies berhantu ni.. Makan sepotong mesti tak cukup. Kalau iman tak kuat boleh habis satu tray ni. Habis kelaut diet ku😅

Hari ni buat brownies for minum petang. Kali ni versi kurang manis tetapi kata dengan rasa cokelat yang ummppphh😀

Masih menggunakan resepi yang sama seperti sebelum ini.Cuma berbeza pada sukatan gula dan chocolate. Memang chewyy goeyy gituuuu

Bahan A

  • 370 gram dark chocolate jenama beryls
  • 120 gram butter

Bahan B

  • 140 gram tepung gandum
  • 30 gram coco powder
  • 1tsp baking powder

Bahan C

  • 3 biji telur size A
  • 200 gram brown sugar
  • 1tsp esen vanilla
  • Secubit garam
  • 1tsp Nescafe dibancuh dengan sedikit air(optional)

Cara-cara membuat brownies

  1. Panaskan oven 10-15 minit lebih awal menggunakan api atas bawah pada suhu 160’c
  2. Cairkan chocolate dan butter menggunakan kaedah double boil. Dah cair tutupkan api. Biar sejuk seketika
  3. Dalam bekas lain . Kacau bahan C sehingga gula sebati/larut
  4. Masukkan bahan A ke dalam C dan kaup balik. Then masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kaup balik.
  5. Masukkan ke dalam oven dan bakar menggunakan api atas bawah selama 25-30 minute bergantung kepada oven anda
  6. Siap.. Tunggu sejuk baru potong

Insyallah kejadiannya sempurna dan dijamin sedap. Cubalah baru tau😀. Nak tips brownies kedut boleh check dekat previous post Selamat mencuba. 

DeDapurMama:Bubur Assyura utara

Assalamualaikum. Hari ini, nooril nak share resepi bubur assyura utara yang sedap. Tak manis sangat tak keras sangat. Enak sesedap rasa. Nooril suka makan sejuk.. Mmg layan👍. Resepi ni untuk kuantiti yg sedikit. Kalau nak buat banyak boleh gandakan adunan.

Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat+sedikit garam
  • 3 cawan santan cair
  • I cawan gula merah(dimasak dengan 1 cawan air hingga gula larut dan tapiskan.
  • 3/4 cawan gula putih
  • Segenggam kacang tanah, kacang kuda, kacang hijau, kacang merah, kacang sepat. Semua kekacang hendaklah direndam 2-3 jam lebih awal. Kemudian rebus hingga lembut
  • Janggung 2 tongkol. Ambil isinya dan rebus lembut
  • Semangguk keledek. Rebus lembut
  • Semangkuk pisang dipotong bulat( masa nak buat lupa beli pisang. Nooril ganti dengan 2 gengam kismis)
  • Segenggam sagu halus direndam kembang kemudian tapis
  • 3 helai daun pandan

Cara membuat

  1. Satukan tepung beras dengan 3 cawan santan cair , 3 cawan santan pekat. Gaul sebati dan tapiskan ke dalam kuali
  2. Masukkan gula merah yg telah ditapis.
  3. Kemudian masukkan gula putih
  4. Kacau sebati kemudian hidupkan api.
  5. Masakkan dengan api yang perlahan.
  6. Sentiasa kacau supaya adunan tak berketul
  7. Apabila adunan semakin melikat dan tidak melekat di kuali, campurkan semua kekacang dan gaul sebati. 
  8. Jika letak pisang, masukan pisang akhir sekali
  9. Masukkan dalam bekas/talam dan sejukan.
  10. Dah sejuk siap untuk dimakan😋

Selamat mencuba.

kekacang dan keledek telah direbus

kacau sebati dengan api yang perlahan

semakin melikat boleh masukkan semua kekacang dan gaul sebati sehingga tidak melekat pada kuali

siap dimasak masukkan ke dalam bekas

DeDapurMama : Bihun sup utara


Terlioq dak tengok bihun sup kami😜. Sekilo daging makan sefamily ja. Dari lunch sampai ke dinner. 

Nampak sambal kicap tu.. Pedas meletopp.. Letak banyak boleh menangis tapi confirm makan berpinggan.. Sebab sedap sangat😀.

Jom tengok resepi. Mudah sangat nak buat. Ambil masa yang lama sebab nak tunggu daging empuk. Kalau ada noxxa , 40 minit je dh siap😁😁. Kene request dengan encik husband ni.. Sebab adik and kakak suka sangat makan sup😀

Resepi mudah bihun sup utara versi mama nooril😁

Bihun kuning. 

Serbuk kunyit+ air. Kacau2 pastu bubuh bihun. Biaq 2 3 jam. Pastu celur bihun tu.

Sambal kicap
Cili padi (40 biji) bawang putih 3 ulas. Goreng sikit bawang and cili bagi layu. Kemudian Tapis. Minyak takmo. Pastu blend. Boh kicap masin boh gula. 

Sup daging

  • Sekilo daging 
  • 10 biji bawang besar + seinci halia + 4 ulas bawang putih diblender(air jgn banyak masa blend)
  • Rempah sup secukupnya.
  • Sup bunjut
  • Serbuk lada hitam kasar satu sudu besar
  • Akar daun sup(basuh bg bersih) jika ada.

Cara-cara membuatnya

  1. Rebus daging (ketul besar sbb nnt tak mau dia hancur bila rebus lama). Agak dah empuk sikit daging tu, masukkan bahan di blender tadi + rempah sup + sedikit garam + akar daun sup.
  2. Biar mereneh sampai daging lembut. Pastu rasa ok ke tak. Tambah garam jika kurang masin. 
  3. Letak secukup rasa sesudu. Siap😋😋😋
  4. Time nak makan. Amik daging potong nipis. Boh bihun. Boh bawang goreng. Tabur daun sup+bawang . Boh sambal kicap.. Yummmyyyy

Ok. Mudah kan nak buat bihun sup utara ni. Selamat mencuba✌️

Resepi Brownies kedut

Chewy fudgy brownies aka brownies kedut 😋😋 . . Bila makan tu sangat cheewy.. Rasa cokelat yang sedap dan tidak terlalu manis… 

Alhamdulillah .. Ramai yang suke brownies yang nooril buat. Setiap kali buat untuk jamuan di rumah dan dirumah mak..  mesti ada yang mintak resepi.. Tak pun mesti ada yang mintak buatkan lagi😀.. Rasa syok and nak buat lagi bila ada yang suke makan. Terima kasih kepada penyumbang resepi.. Nooril ambil dari pengkongsian rakan di FB.
Alkisahnya..Semalam tetiba husband whatsapp mintak buatkan brownies. Geng office husband cakap dah lame tak makan brownies. Kekadang nooril buat kan bg husband bawak gi office untuk kudap2.. Ni dah lame bebenor tak balik pasir gudang  .. And of course dah lame tak membrownies kt sini sebab 3 bulan di rumah mak kat perak plus sebulan berpuasa. Bulan puasa kalut buat kueh raya😀

Ok. Jom tengok resepi brownies yang selalu nooril guna ni.. Step yangvsangat mudah. Rasa dia rich dengan rase cokelat. Nooril adjust sikit .. Instead of 250 gram dark cokelat.. Nooril tambah jadi 300 gram dark cokelat.. Nak sedap rasa brownies korang pakai cokelat yang berkualiti macam beryls. Nak tambah kekacang macam walnut pun boleh. 

Resepi dok bertampal kat peti ais😂😂😂

Resepi brownies kedut

  • Bahan A
  1. 300 gram dark chocolate jenama beryls
  2. 120 gram butter
  • Bahan B
  1. 140 gram tepung gandum
  2. 30 gram coco powder
  3. 1tsp bakinh powder
  • Bahan C
  1. 3 biji telur size A
  2. 230 gram brown sugar
  3. 1 tsp  esen vanilla
  4. Secubit garam
  5. 1tsp Nescafe dibancuh dengan sedikit air(optional)
  • Cara-cara membuat brownies
  1. Panaskan oven 10-15 minit lebih awal menggunakan api atas bawah pada suhu 160’c
  2. Cairkan chocolate dan butter menggunakan kaedah double boil. Dah cair tutupkan api. Biar sejuk seketika
  3. Dalam bekas lain . Kacau bahan C sehingga gula sebati/larut
  4. Masukkan bahan A ke dalam C dan kaup balik. Then masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kaup balik.
  5. Masukkan ke dalam oven dan bakar menggunakan api atas bawah selama 25-30 minute bergantung kepada oven anda
  6. Siap.. Tunggu sejuk baru potong

TIPS nak dapatkan brownies kedut yang cantik dan enak dimakan

  1. Gunakan chocolate yang berkualiti
  2. Setelah brownies dah masak yakni selepas oven dah berbunyi ‘Ting’ , jangan terus keluarkan brownies. Biarkan seketika dalam 5-10 minit untuk dapatkan hasil kedut yang cantik
  3. Potong brownies setelah brownies betul-betul sejuk untuk elakkan brownies lerai😅
  4. Sebelum tuang adunan ke dalam dulang ,Lapik kertas pada dulang dan sapukan sedikit mentega pada dulang. Pastikan kertas tu melebihi paras ketinggian dulang supaya mudah nak angkat brownies tu nanti.
  5. Kalau nak tambah kekacang boleh tambah selepas dah masukkan tepung ke dalam adunan. Antara kekacang yang best adalah walnut, hazelnut, almond nibs. 
  6. Tempoh masak brownies ni bergantung kepada oven. Macam oven nooril cikai2 je.. Selalu nooril guna 160’c selama 30 minit.

Senang dan mudahkan buat brownies ni. Kene cuba tau… Paling kene bubuh dan jangan tinggai dalam resepi ni… Pastikan korang tambah perasaan  kasih dan sayang masa dok mengadun brownies ni.  Insyallah pastii sedap dan mengancam😀

Selamat mencuba ya✌️

DeDapurMama: Resepi Mudah Mee Kari kaw kaw

Resepi ni nooril dapat dari cousin. Memang yummy..sebenarnya  Nooril tak suka mee kari sangat tapi kalau mee kari ‘ maklong’ mesti kene makan. Sangatlah rugi kalau terlepas makan. Memang kaw and mengancam. Semangkuk tak cukup.. Confirm tambah punya. 

Raya hari tu sempat singgah ke rumah maklong and  request awal dekat cousin nak makan mee kari sedap. Bila husband makan.. Dia pun cakap sedap. So apa lagi.. Kiteorg pun mintak la resepi😀. Alhamdulillah maklong dan cousin(angah zura) tak lokek resepi rahsia ni😜.

Ok jom tengok resepi mee kari sedap😀. Tapi sebelum tu, resepi ni hanya ada senarai bahan yang diperlukan tanpa ada sukatan yang tepat. Korang pepandai la adjust ya😁

Bahan-bahan

  • Daun kari
  • Serai
  • Bawang merah +Bawang putih dikisar
  • Ikan bilis yang telah dikisar
  • Rempah daging adabi
  • Rempah daging alagapas
  • Cili kering yang dikisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Fishcake
  • Fishball
  • Kiub ikan bilis(optional)
  • Kiub ayam(optional)
  • Daging/ayam (optional)

Cara-cara memasak

  1. Tumis daun kari dan serai sehingga naik bau
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah yang telah dikisar. Kemudian masukkan ikan bilis. Tumis sehinga garing
  3. Kemudian masukkan rempah kari daging dan sedikit cili kering yang telah dikisar untuk memberi rasa pedas. (Nak gantikan dengan serbuk cili pun boleh)
  4. Tumis sehingga pecah minyak. 
  5. Masukkan santan dan air secukupnya
  6. Masukkan fishcake dan fishball
  7. Masukkan garam, gula n air asam jawa sesedap rasa
  8. Kalau nak letak kiub boleh masukkan sekali

Jika letakkan daging, air rebusan daging jangan buang. Cara nooril buat. Rebus daging sampai empuk dalam periuk berasingan. Langkah 1-4 buat dalam kuali berasingan. Bila rempah semua ditumis dan pecah minyak, terus tuangkan ke dalam periuk rebusan daging tadi. Biar mereneh seketika. Dan continue dengan step 5-8.

Tadaa.. Dah siap.. Mudah sangat kan. Korang boleh sediakan aksesori untuk mee kari ni seperti telur rebus, bawang goreng, taugeh dicelur, daun sup dan daun bawang. Wallaaa memang sedap terangkat👍👍
Selamat mencuba 😀